Rabu , September 20 2017
msen
Rumah > Riadah > Memanah > Peralatan Asas Memanah

Peralatan Asas Memanah

Busur Panjang, (English Long Bow)

Busur Panjang, (English Long Bow)

Busur Jawa,   (Java bow)

Busur Jawa, (Java bow)

Long bow merupakan busur yang paling asas.

Long bow Inggeris adalah seperti yang dipaparkan di sebelah. Bentuknya tidak berubah semenjak   9,000 – 6,000 SM. Busur kiri dibentuk daripada sebatang kayu dan pemegangnya selalunya diperbuat daripada sekeping kulit yang diikat di sekeliling busar. Satu lekukan dipotong di sebelah kiri atau kanan busar bertujuan untuk meletakkan anak panah (arrow rest). Pejera (sight) tidak digunakan. Panahan dilakukan dengan cara membidik hujung anak panah semasa tarikan penuh. Titik bidikan akan berbeza bergantung kepada jarak sasaran.

Busar Mongol (Mongol bow)

Busar Ainu dari Jepun (Ainu bow)

Busar Ainu dari Jepun (Ainu bow)

(Sumber : Bahagian Sukan,

Kementerian Pendidikan Malaysia)

Typical Wooden 'Take-Down' Recurve Bow

(Sumber : Bahagian Sukan,

Kementerian Pendidikan Malaysia)

 

Busur Asas Recurve (sesuai untuk kategori 15 tahun dan kebawah)

 

Busur Recurve mempunyai panjang yang berbeza iaitu 1220mm(48 inci) sehingga 1780mm (70 inci).Kebanyakan busur yang digunakan dalam pertandingan Target Archerybiasanya adalah 1675mm (66inci). Sebagai panduan asas untuk memilih panjang   busar yang sesuai, individu yang mempunyai jarak tarikan penuh yang kurang dari 710mm(28 inci) boleh menggunakan busar antara 1575mm-1675mm (62 – 66 inci) sementara individu yang mempunyai tarikan penuh melebihi 710mm (28 inci) boleh menggunakan busur antara 1575mm-1780mm (66-70 inci). Kekuatan busur biasanya tertulis di belakang lengan bawah busar. Kekuatan busur berdasarkan kepada panjang limb. Kekuatan sesebuah busur ditulis dalam paun (lbs). Contohnya busur yang mempunyai kekuatan 28 lbs dan panjang 28 inci ditulis seperti berikut: #20 @ 28. Ini bermaksud tenaga yang diperlukan bagi tarikan penuh (28 inci) ialah 20 lbs (9 kg). Pemanah baru patut menggunakan busur yang mempunyai kekuatan 15-20 lbs (kanak-kanak) dan 20-25 lbs bagi orang dewasa. Kebanyakan busur asas diperbuat daripada kayu berlapis. Pemegang dan lengan dilapisi oleh fiberglass untuk ketahanan limbs. Busur yang di kenali sebagai “Take-Down Recurve” mempunyai poket di atas dan di bawah pemegang bertujuan untuk melekatkan limb busur. Jenis ini boleh di pisahkan supaya senang untuk dibawa ke mana-mana. Lengan yang dipisahkan boleh diganti dengan lengan yang sesuai untuk pemanah.

 

Peralatan Asas Memanah1

(Sumber : Bahagian Sukan,

Kementerian Pendidikan Malaysia)

Advanced Recurve Bow (untuk kategori 15 tahun ke atas)

Contoh busur recurve seperti ditunjukkan di sebelah. Pemegangnya diperbuat dengan aluminium yang di mesin untuk mengurangkan berat dan mengekalkan keseimbangan geometri. Limbs adalah selari dengan tepat. Pemegangnya juga mempunyai poket untuk memasukkan limbs. Ia juga mempunyai poket untuk plunger button dan clicker. Tempat pemegang boleh ditanggalkan dan boleh diganti mengikut kesesuaian.

Peralatan Asas Memanah2

Peralatan Asas Memanah3

Peralatan Asas Memanah4

 

 

Anak Panah

 Anak Panah
Anak panah biasanya diperbuat daripada kayu, fiberglass, aluminium dan karbon graphite. Anak panah aluminium mempunyai ukur lilit dan ketebalan yang tepat. Setiap anak panah ditanda dengan   nombor, contohnya 2013 yang bermaksud anak panah tersebut mempunyai ukur lilit 20/64th inci(7.94mm) dan ketebalan dindingnya adalah   13/1000th inci(0.33mm) semasa pertandingan. Anak panah yang melebihi 9.3mm (2312, 2314, 2315 dan 2317) tidak boleh digunakan dalam pertandingan.Anak panah sepatutnya dipotong bersesuaian dengan tarikan penuh (full draw) seseorang pemanah. Kesesuaian anak panah untuk setiap pemanah boleh ditentukan dengan merujuk kepada carta pemilihan anak panah ‘Easton’.

Nocks

  Nocks diperbuat daripada plastik keras dan digam di hujung belakang anak panah. Barisan atas adalah nocks untuk anak panah aluminium. Nocks mempunyai 6 saiz yang berbeza untuk disesuaikan dengan ukur lilit anak panah.
Nocks yang mempunyai insert adalah untuk anak panah karbon atau karbon-aluminium .

Fletchers (Sayap)

 Fletchers (Sayap) Fletchers diperbuat daripada plastik lembut dalam pelbagai bentuk dan saiz. Fletchers bulu ayam juga boleh digunakan tetapi tidak begitu tahan berbanding dengan fletchers plastik. Kebiasaannya terdapat tiga fletchers dilekatkan pada bahagian berhampiran dengan nocks. Ia biasanya dilekatkan pada sesuatu sudut supaya anak panah itu berputar dengan sempurna, lebih stabil dan lurus semasa terbang. Kedudukan fletchers mestilah sesuai dengan jenis ‘arrow rest’ yang digunakan.

Arrow Points (MataAnakPanah)

 Arrow Points (MataAnakPanah) Gambar disebelah adalah mata anak panah yang digunakan dalam pertandingan (target archery). Tiga anak panah dibarisan atas digunakan untuk anak panah aluminium. Mata anak panah yang bertanda 7% akan memberikan 7% keseimbangan dibahagian hadapan dan seterusnya. Mata anak panah yang lain adalah untuk anak panah karbon. Terdapatperbezaan berat mata anak panah, oleh itu keseimbangan anak panah dapat dikawal. Ini adalah sangat penting kerana sekiranya terdapat sedikit perbezaan dalam berat anak panah, ianya boleh mengubah penerbangan (flight) anak panah tersebut.

Finger Tabs   (Pelindung   Jari)

 Finger Tabs (Pelindung Jari)1Finger Tabs (Pelindung Jari)2

Pelindung jari digunakan untuk melindungi jari pemanah dari sebarang kecederaan dan juga memberikan permukaan yang licin untuk tali panah mengelungsur. Kebanyakan pelindung jari diperbuat daripada kulit ataupun bahan lain . Saiz pelindung jari tidak sepatutnya melebihi jari pemanah.

Arm Guards   (Pelindung Lengan)

 Arm Guards (Pelindung Lengan)

Pelindung lengan diperbuat daripada kulit yang dikuatkan atau plastik yang dipakai di sebelah dalam lengan yang memegang busur (bow arm).
Pelindung ini dipakai untuk mengelakkan kecederaan lengan pemanah.

Quivers (Kantung   Anak Panah)

 Quivers (Kantung Anak Panah)

Kantung anak panah   digantung di pinggang.
Kantung ini digunakan untuk membawa anak panah.

Chest Guard (Pelindung Dada)

Chest Guard (Pelindung Dada) Pelindung dada digunakan untuk mengelakkan kecederaan dada terutamanya bagi pemanah.Tekanan berpanjangan dari tali panah boleh menyebabkan timbulnya satu kebengkakkan pada tisu lemah yang sukar untuk dibezakan dengan tisu kanser. Pelindung dada juga bertujuan untuk mengelakkan baju besar daripada mengganggu tali panah. Pelindung dada diperbuat daripada nylon ataupun plastik.

Pressure Button (Plunger Button)

Plunger button digunakan dengan dua tujuan iaitu :

  • Untuk melaras kedudukan melintang semasa anak panah berada di atas arrow rest supaya panahan lebih tepat.
  • Untuk menyerap lencongan semasa pelepasan anak panah.

Pelarasan plunger button akan menjadikan penerbangan anak panah lebih lurus apabila busur telah diselaraskan.

Clicker

  Clicker merupakan sekeping logam nipis berspringyang dilekatkan di pemegang busur. Anak panah diletakkan diantara clicker dan pemegang busur supaya apabila anak panah ditarik dengan tarikan penuh (full draw), clicker akan memetik pemegang busur dan menghasilkan bunyi.Semasa inilah pemanah akan melepaskan anak panah.Clicker juga boleh digunakan sebagai pengesan panjang tarikan. Sebelum pemanah boleh menggunakan clicker, tarikan penuhnya hendaklah konsisten.Untuk memasang clicker, iasepatutnya dilekatkan pada kedudukan dimana separuh mata anak panah berada di bawah clicker semasa tarikan penuh (full draw).

Sights (Pejera)

 Sights (Pejera) Sight digunakan bagi kedua-dua jenis busar Recurve dan Compound. Sight ini diletakkan di tepi pemegang busar. Lengan penyambung melintang membolehkan sight dilaraskan ke dalam atau ke luar dari busur.
Lengan membujur biasanya disertakan dengan sukatan bacaan bagi memudahkan pelarasan ketinggian.

Finger Sling   (Pengikat Jari)

 Finger Sling (Pengikat Jari) Pengikat jari diperbuat daripada seutas tali kasut ataupun sebarang tali yang kedua-dua hujungnya diikat bersama. Tali ini diikat pada   jari telunjuk dan ibu jari.

Stabilisers (Pengimbang)

 Stabilisers (Pengimbang) Pengimbang ditambah kepada busur dengan tujuan memberi lebih kestabilan semasa membidik ( aiming) dan melambatkan sebarang pergerakan tindakbalas selepas anak panah dilepaskan. Kebanyakan pengimbang merupakan batang aluminium kosong.Pangkal yang lebih besar dilekatkan pada pemegang busar dan hujung yang lebih kecil mempunyai pemberat yang boleh ditambah dan diubahsuai dari masa ke semasa. Tujuan lain ialah supaya busur akan menjadi lebih selesa untuk dipegang semasa tarikan dan pembidikan. Batang pengimbang yang lebih pendek di bahagian belakang bertujuan memberikan keseimbangan disebelah kiri dan kanan.Selain itu ia juga digunakan untuk menyerap gegaran semasa pelepasan anak panah

Kisser Button

 Kisser Button ‘Kisser Button’ ialah sebuah piring plastik yang kecil (10 mm diameter) yang dilekatkan pada tali busur. Kedudukannya pada tali tersebut ialah apabila tarikan penuh dilakukan, akan menyentuh bibir pemanah. Ia juga boleh diletakkan bagi menyentuh hidung pemanah juga, bergantung kepada pemanah. Tujuan kisser button adalah sebagai tanda tambahanuntuk membantu pemanah.

Nocking Point Locators (Penanda Titik Nocking)

 Nocking Point Locators (Penanda Titik Nocking) Gambar di sebelah adalah penanda titik nocking yang diperbuat daripada aloi.Ia mempunyai lapisan dalaman yang diperbuat daripada plastik untuk memberikan cengkaman dan melindungi tali busur. Ia diletakkan pada tali busur dan diketatkan dengan menggunakan playar. Kebiasaanya dua nocking point digunakan.