Rabu , September 20 2017
msen
Rumah > Riadah > Memanah > Memanah

Memanah

Pengenalan Sukan Memanah

Memanah boleh digambarkan sebagai sukan statik yang memerlukan kekuatan dan ketahanan bahagian atas badan, khususnya lengan dan bahu.

Kemahiran dalam memanah ditakrifkan sebagai keupayaan untuk melepaskan anak panah pada sasaran dalam jangka masa tertentu dengan ketepatan. Ertan. H et. All (2003)

Sejarah dan latar belakang sukan memanah

Apabila anda mula memegang panah dan melepaskan anak panah yang pertama sebenarnya anda telah melakukan satu acara yang telah pun bermula sejak 20,000 tahun yang lalu. Para pengkaji sejarah mula dapat mengesan aktiviti memanah apabila menjumpai satu bukti lukisan yang terdapat di gua-gua lama di Sepanyol.Lukisan ini dilukis kira-kira 8,000 tahun sebelum Masehi.

Pada masa itu, aktiviti memanah digunakan untuk tujuan mencari bahan-bahan makanan. Pada zaman Mesir kuno kira-kira 3500 tahun masehi yang lalu panah digunakan sebagai senjata dalam peperangan. Ukuran alat pada zaman itu hampir tinggi dengan saiz fizikal mereka. Manakala anak panah diperbuat daripada batu dan tembaga.Orang-orang tartar telah mencipta alat memanah yang diperbuat daripada kulit, tanduk dan kayu yang telah dibengkokkan kira-kira di sekitar 1800 tahun sebelum masehi. Alatan memanah dibuat agak pendek jika dibandingkan pada zaman mesir kuno. Orang-orang tartar juga dikenali sebagai pahlawan yang terulung pada zaman itu.

Panah terus menjadi senjata dalam peperangan pada zaman Kerajaan Rom dan Kerajaan Mongolia di sekitar abad ke-11.Penggunaan panah sebagai senjata mula berkurangan pada abad ke-16 dengan terhasilnya bahan-bahan senjata api.

Memanah mula berkembang sebagai salah satu aktiviti sukan di England di sekitar abad ke-16 apabila Raja Hendry viii mengarahkan Sir Christopher Morris menubuhkan kelab memanah dalam tahun 1537. Pertandingan memanah yang pertama mula diadakan pada tahun 1673 di Yorkshire untuk lelaki dan pertandingan yang pertama untuk wanita bermula pada tahun 1787.

Di Benua Amerika Utara kelab memanah pertama mula ditubuhkan pada tahun 1828 yang dikenali dengan nama United Bowman of Philadelphia.

Memanah mula dimasukkan dalama cara sukan olimpik pada tahun 1900 di Paris, tahun 1904 di Saint Louis dan tahun 1920 di Belgium. Selepas tahun itu, sukan memanah tidak dipertandingkan di sukan olimpik kerana tidak ada satu peraturan yang tetap mengenai pertandingan sehingga The Federation International De TirAL’arc (FITA) menggubal undang-undang pertandingan. Sukan memanah dimasukkan kembali dalam acara sukan olimpik pada tahun 1972 di Munich.

FITA ditubuhkan pada tahun 1931 bertujuan untuk mempopular dan menggalakkan sukan memanah di seluruh dunia. FITA juga dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan kejohanan-kejohanan memanah peringkat antarabangsa dan dunia dan juga sebagai badan yang menjaga dan mengiktiraf segala rekod dunia dalam sukan memanah.

Di Malaysia sukan memanah adalah di bawah kelolaan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM).Di peringkat sekolah sukan memanah adalah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).Pada tahun 1996 buat pertama kalinya sukan memanah dipertandingkan di peringkat MSSM.Dengan adanya kejohanan memanah seumpama ini, diharapkan penglibatan para pelajar dalam sukan ini akan dapat diperluas untuk mencungkil bakat-bakat baru yang bakal mewakili negara di peringkat yang lebih tinggi.

Memanaskan badan dan regangan dalam Sukan Memanah

Kecergasan dalam aktiviti memanah terdiri dari faktor: struktur tulang, otot, tendon dan ligamen.

Kesemuanya mengawal pergerakan sendi-sendi badan.

Untuk meningkatkan kadar pergerakan, latihan regangan berikut dicadangkan:

Latihan Regangan

Berikut adalah latihan regangan, memanas serta menyejukkan badan. Latihan ini akan mengelakkan kecederaan kepada otot, tendon dan sendi dan meningkatkan kelembutan. Semasa melakukan latihan ini ,jangan tahan nafas kerana ia akan menjadikan anda pening. Semasa melakukan latihan ini, otot anda akan memerlukan lebih oksigen, jadi kadar pernafasan anda bertambah.

 Melonggarkan-lengan-atas-dan-otot-dada

Melonggarkan lengan atas dan otot dada. Cantumkan jari dengan kedudukan tapak atas kepala dengan keadaan jari terkunci antara satu sama lain. Regangkan ke atas dan tahan selama 10 saat tangan keluar. Luruskan tangan anda .

  Melonggarkan dada,bahu atas dan otot bawah lengan.Bengkokkan satu tangan melepasi kepala dan dan turun ke belakang. Bengkokkan tangan yang lagi satu dari bawah ke atas. Cuba pegang jari-jari anda dan tahan selama 10 saat. Biarkan keadaan belakang anda dalam keadaan tegak semasa latihan ini.
 

Melonggarkan bahu dan otot belakang.Kuncikan jari kedua-dua tangan bersama-sama, keluarkan tangan ke hadapan dan pusing ke kiri dan kekanan perlahan-lahan selama 10 saat.

Jangan berpusing secara mengejut kerana ini akan merosakkan sendi-sendi tulang belakang.

 Melonggarkan-otot-belakang-dan-bahu Melonggarkan otot belakang dan bahu.Gunakan seutas getah, pegang kedua-dua hujungnya, angkat kedua-dua lengan ke paras bahu dan depangkan tangan. Biarkan bahu pada kedudukan lurus, ke belakang dan ke depan dengan cara mengembang dan menguncup otot belikat. Lakukan selama 10 saat.
 Melonggarkan-otot-bahu Melonggarkan otot bahu.Gunakan seutas getah, pegang kedua hujungnya, angkat sebelah tangan melepasi kepala dan sebelah lagi separas dengan bahu. Tarik tangan separas bahu ke bawah kemudian tukar hala. Ulang lebih kurang 6 kali.
 Melonggarkan-otot-dada-dan-bahu Melonggarkan otot dada dan bahu.Gunakan seutas getah, pagang kedua hujung ketika getah berada di bahagian belakang badan. Angkat kedua tangan separas bahu kemudian hayunkan tangan ke depan untuk menegangkan getah. Tahan selama 10 saatdanulangsebanyak 6 kali.
 Melonggarkan-otot-memanah Melonggarkan otot memanah.Gunakan seutas getah. Ikat kedua hujungnya untuk membentuk satu lingkaran, buat aksi seperti menarik tali panah. Tahan selama 10 saat. Ulang sebanyak 6 kali. Ulang latihan menggunakan tangan yang sebelah lagi.

Kebaikan Sukan Memanah

  1. Memanah sangat menitik beratkan “body balancing”. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
  1. Membina kekuatan bahagian atas badan – memegang busur dan menarik anak panah memerlukan kekuatan fizikal. Memanah akan memberi kekuatan unggul pada bahagian atas badan.
  1. Meningkatkan fleksibiliti tangan dan jari – memegang busur, memasang, mengangkat dan melepaskan anak panah adalah semua aktiviti yang mengukuhkan dan meningkatkan fleksibiliti tangan, pergelangan tangan dan jari.
  1. Meningkatkan kemahiran koordinasi tangan-mata – memanah adalah untuk melepaskan anak panah pada sasaran, yang secara semulajadi membantu dalam pembangunan kemahiran koordinasi tangan-mata
  1. Meningkatkan kekuatan mental dan penumpuan – pemanah tahu bagaimana untuk membebaskan minda mereka dari gangguan dan memberi tumpuan kepada sasaran. Ia menjadikan memanah sebagai kaedah senaman minda. Memanah juga merupakan amalan mengawal minda dan meningkatkan kesabaran.
  1. Memanah memberikan keseronokan dan meningkatkan keyakinan diri. Matlamat utama pemanah adalah keseronokan dalam bersukan. Pemanah perlu memberikan tumpuan dan memperbaiki keyakinan diri bukannya bimbang tentang apa yang orang lain lakukan, dan dengan itu memanah akan memberi lebih keseronokan serta keyakinan diri meningkat.
    Memanah1 Memanah2
  1. Berjalan memperbaiki kesihatan kardiovaskular, otot dan kekuatan kaki. Semasa pertandingan, pemanah boleh berjalan sejauh sehingga 5 kilometer semasa melaksanakan tugas memanah dan bergerak dari satu kedudukan kepada yang lain. Walaupun banyak berjalan ini adalah dalam jarak yang pendek, kesan kumulatif berjalan sepanjang pertandingan boleh memperbaiki kesihatan kardiovaskular, otot dan kekuatan kaki. Pemanah akan mendapat manfaat ini kerana menghabiskan sejumlah besar masa berjalan untuk mengambil anak panah disasaran dan kembali ke garisan permulaan.
  2. Memanah salah satu jenis aktiviti fizikal yang dilakukan oleh individu bagi memenuhi keperluan, kepuasan dan minat.
  1. Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan prestasi paru-paru dan saluran darah tersumbat dengan kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan fungsi seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi, aterosklerosis dan lain-lain masalah pengaliran darah.