Selasa , November 21 2017
msen
Rumah > Senaman > Bagaimanakah Melakukan Senaman Membesarkan Ukuran Dada?

Bagaimanakah Melakukan Senaman Membesarkan Ukuran Dada?

Senaman untuk membesarkan ukuran dada boleh dilakukan dengan melakukan  senaman berintangan menggunakan beban atau pemberat. Anda dinasihatkan bersenam di gimnasium supaya boleh mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada jurulatih senaman. Sekiranya anda bersenam di rumah, dapatkan nasihat daripada ahli fisioterapi  di hospital yang berdekatan.

Berikut adalah panduan senaman untuk membesarkan ukuran dada:

  1. Bagi wanita, gunakan beban seberat 3lb hingga 5Ib (1.4kg hingga 2.3kg), manakala bagi lelaki, 5lb hingga 10Ib (2.3kg hingga 4.5kg).
  2. Mulakan senaman menggunakan bebansekali atau dua kali seminggu untuk permulaan.
  3. Tingkatkan kekerapan senaman apabila tubuh anda dapat menyesuaikan diri.
  4. Mulakan dengan beban yang ringan dengan ulangan tinggi.

Contoh:

Senaman untuk wanita untuk minggu pertama: Mengangkat beban seberat 3Ib sebanyak 12 ulangan.

  1. Selepas beberapa minggu, tambahkan kepada beban yang lebih tinggi pada 6-8 ulangan.

Contoh:

Senaman untuk wanita pada minggu kelima : Mengangkat beban seberat 5Ib sebanyak 6 hingga 8 ulangan.

  1. Sekiranya anda dapat melakukan 8 ulangan dengan mudah, bermakna beban yang diambil tersebut terlalu ringan, tetapi jika anda tidak dapatmelengkapkan 6 ulangan, bermakna beban tersebut adalah terlalu berat.
  2. Kurangkan pergerakan yang menghasilkan impak yang tinggi
  3. Lakukan pemanasan badan dengan betul sebelum bersenam
  4. Lakukan penyejukan badan dengan betul selepas bersenam
  • Minum air secukupnya selepas bersenam
  • Lakukan senaman mengikut kemampuan anda
  • Sila dapatkan nasihat doktor terlebih sebelum melakukan senaman sekiranya anda:
    • Lelaki berusia 35 tahun dan ke atas atau wanita berusia 40 tahun dan ke atas.
    • Mempunyai berlebihan berat badan sebanyak tujuh kilogram dan ke atas.
    • Tidak mengetahui taraf kesihatan anda
    • Mempunyai sejarah perubatan
    • Mempunyai masalah kesihatan
    • Sedang dalam rawatan
    • Baru sembuh daripada sakit kuat
    • Tidak pernah bersenam atau tidak melakukannya secara kekal

Rujukan:

  1. Soalan lazim fisiotherapist, perkhidmatan Tanya Pakar, portal MyHEALTH, 19.9.2008.
  2. http://www.mysihat.gov.my/V2/Promosi/images/stories/Modul_Program_Kesihatan_2011/Modul_Aktiviti_Fizikal_4.pdf
  3. http://azmiesa2000.blogspot.com/2010/03/senaman-bukan-sahaja-hanya-berjalan-dan.html

Baca juga

Berjalan Kaki

Pengenalan Berjalan kaki adalah satu aktiviti fizikal yang paling mudah dilakukan oleh seseorang individu.Ia bermula …