Selasa , November 21 2017
msen
Rumah > Senaman > Soalan Lazim Mengenai Senaman

Soalan Lazim Mengenai Senaman

Apakah senaman yang sesuai untuk individu yang obes?

Individu yang obes mempunyai bacaan Indeks Jisim Tubuh (IJT) melebihi 30. Jika anda obes, anda disarankan melakukan aktiviti berintensiti sederhana selama 30 minit, 3 hari dalam seminggu seperti berjalan kaki cepat (brisk walking) atau berbasikal. Elakkan senaman yang terlalu agresif dan berintensiti tinggi seperti senamrobik, berjoging, berlari atau melompat tali bagi mengelakkan kecederaan pada otot. Selainbersenam, jaga pemakanan dengan mengurangkan makanan berkalori tinggi.

Rujukan:

  1. Soalan lazim fisiotherapist, perkhidmatan Tanya Pakar, portal MyHEALTH, 27.4.2006, 28.4.2010, 6.9.2011, 28.9.2012.
  2. http://jknns.moh.gov.my/doc/PANDUAN%20MENURUNKAN%20BERAT%20BADAN%201.pdf

Apakah senaman yang sesuai untuk individu yang mengalami sakit kaki dan lutut?

Senaman yang sesuai dengan individu yang sakit kaki dan lutut adalah senaman yang kurang menggunakan hentakan kaki seperti berenang.

Rujukan:

  1. Soalan lazim fisiotherapist, perkhidmatan Tanya Pakar, portal MyHEALTH, 28.4.2010.
  2. http://www.infosihat.gov.my/infosihat/kchs/KCHS_1998/index.php
  3. http://www.mysihat.gov.my/V2/Promosi/images/stories/Modul_Program_Kesihatan_2011/Modul_Aktiviti_Fizikal_4.pdf
  4. http://splkk.water.gov.my/kesso/attachments/article/31/Modul%20Senaman_web.pdf

Adakah berenang boleh mengurangkan berat badan? Adakah gaya renang mempengaruhi kadar penurunan berat badan?

Berat badan boleh dikurangkan dengan melakukan senaman jenis aerobik kerana senaman jenis ini berintensiti tinggi. Berenang pada kadar aerobikakan membakar lebihan lemak dalam badan. Gaya renang tidak mempengaruhi penurunan berat badan, sebaliknya intensiti semasa berenang. Jika anda memilih untuk berenang, pastikan anda berenang tidak kurang daripada 20 minit pada kadar nadi tidak kurang daripda 130 denyutan seminit.

  1. Soalan lazim fisiotherapist, perkhidmatan Tanya Pakar, portal MyHEALTH, 20.2.2012
  2. http://www.infosihat.gov.my/infosihat/kchs/KCHS_1998/index.php

Adakah bersenam pada waktu malam boleh memudaratkan kesihatan?

Aktiviti senaman atau sukan yang dilakukan pada waktu malam boleh mengganggu corak tidur. Namun, sekiranya anda tidak mengalami gangguan tidur setelah bersukan, anda boleh meneruskan aktiviti tersebut seperti biasa.

Rujukan:

  1. Soalan lazim fisiotherapist, perkhidmatan Tanya Pakar, portal MyHEALTH, 3.4.2008.
  2. http://www.infosihat.gov.my/infosihat/kchs/KCHS_1998/index.php
  3. http://www.mysihat.gov.my/V2/Promosi/images/stories/Modul_Program_Kesihatan_2011/Modul_Aktiviti_Fizikal_4.pdf
  4. http://splkk.water.gov.my/kesso/attachments/article/31/Modul%20Senaman_web.pdf

Sekiranya saya berpuasa, bolehkah saya bersenam dan bilakah masa yang sesuai untuk saya bersenam?

Anda masih boleh melakukan senaman walaupun anda berpuasa. Masa yang sesuai untuk melakukan senaman adalahselepas berbuka puasa, sekurang-kurangnya dua jam selepas makan.Ini penting bagi menghindari dari rasa loya, muntah dan kekejangan perut disebabkan makanan anda masih lagi dalam proses penghadaman.

Rujukan:

  1. Soalan lazim fisiotherapist, perkhidmatan Tanya Pakar, portal MyHEALTH, 18.8.2008.
  2. http://www.mysihat.gov.my/V2/Promosi/images/stories/Modul_Program_Kesihatan_2011/Modul_Aktiviti_Fizikal_4.pdf

Adakah benar berjoging tidak baik untuk kesihatan serta mencepatkan proses penuaan?

Berjoging adalah senaman yang baik untuk anda sekiranya anda:

  • tidak mempunyai berat badan berlebihan; atau
  • tidak mempunyai risiko penyakit jantung; atau
  • masalah kesihatan yang lain

Berjoging juga tidak akan mencepatkan proses penuaan malah boleh membantu mengawal stres. Berjoging atau sebarang senaman lain, jika dilakukan secara berlebihan (iaitu melebihi kemampuan badan anda) boleh menjejaskan kesihatan. Teruskan berjoging selagi anda mampu serta jaga pemakanan anda.

Rujukan:

  1. Soalan lazim fisiotherapist, perkhidmatan Tanya Pakar, portal MyHEALTH, 20.2.2010.
  2. http://www.infosihat.gov.my/infosihat/kchs/KCHS_1998/index.php
  3. http://www.mysihat.gov.my/V2/Promosi/images/stories/Modul_Program_Kesihatan_2011/Modul_Aktiviti_Fizikal_4.pdf
  4. http://splkk.water.gov.my/kesso/attachments/article/31/Modul%20Senaman_web.pdf

Saya bersenam tetapi tidak mengeluarkan peluh. Adakah kalori saya terbakar?

Setiap individu mempunyai kadar perpeluhan yang berbeza-beza. Ada individu yang cepat berpeluh dan ada pula yang lambat atau kurang berpeluh. Jika anda bersenam tetapi tidak mengeluarkan peluh, kalori akan tetap terbakar tetapi kurang. Kemungkinan anda tidak bersenam pada intensiti yang tinggi maka kurang berpeluh. Intensiti adalah satu cara untuk mengukur tahap kekuatan senaman yang dilakukan. Pengeluaran peluh boleh dijadikan satu panduan untuk menentukan intensiti senaman. Namun, satu kaedah yang tepat dan disarankan ialah dengan mengukur kadar nadi anda. Semasa bersenam kadar nadi yang harus dicapai ialah melebihi 120 denyutan seminit atau banyak berpeluh.

Rujukan:

  1. Soalan lazim fisiotherapist, perkhidmatan Tanya Pakar, portal MyHEALTH, 29.7.2009.
  2. http://www.mysihat.gov.my/V2/Promosi/images/stories/Modul_Program_Kesihatan_2011/Modul_Aktiviti_Fizikal_4.pdf

Baca juga

Berjalan Kaki

Pengenalan Berjalan kaki adalah satu aktiviti fizikal yang paling mudah dilakukan oleh seseorang individu.Ia bermula …