Rabu , September 20 2017
msen
Rumah > Senaman > Bagaimanakah Melakukan Senaman Mengempiskan Perut?

Bagaimanakah Melakukan Senaman Mengempiskan Perut?

Lemak pada bahagian perut yang buncit boleh dikurangkan dengan melakukan senaman jenis aerobik serta senaman mengempiskan perut. Berikut adalah panduan untuk melakukan senaman mengempiskan perut:

  • Pastikan anda mempunyai berat badan yang unggul, iaitu Indeks Jisim Tubuh (IJT) antara 18.5 hingga kurang 25. Sekiranya ingin mengetahui status berat badan anda, sila gunakan Pengiraan Indeks JisimTubuh (IJT) berikut:

IJT        =           Berat Badan (kg)

Tinggi(m) x Tinggi (m)

IJT Status
18.5 hingga <25 Unggul/ sesuai
25 hingga ≤ 30 Berat badan berlebihan
>30 Gemuk /obesiti

Sumber: http://jknns.moh.gov.my/doc/PANDUAN%20MENURUNKAN%20BERAT%20BADAN%201.pdf

  • Jika keputusan IJT adalah 25 dan ke atas, bermaksud anda terlebih berat badan. Anda perlu kurangkan makanan/minuman manis dan berlemak serta banyakkan senaman jenisaerobik (berintensi tinggi) untuk menghilangkan lemak. Senaman pada kadar aerobik seperti senamrobik, berjogging dan berlari akan membakar lebihan lemak dalam badan. Ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit sehari, tiga hari dalam seminggu. Sila rujuk http://jknns.moh.gov.my/doc/PANDUAN%20MENURUNKAN%20BERAT%20BADAN%201.pdf  untuk panduan menurunkan berat badan yang betul.
  • Selain melakukan senaman jenis aerobik, lakukan juga senaman mengempiskan perut berikut:

Ringkuk separa tubi

Rajah 1: Ringkuk separa tubi

  1. Baring terlentang dengan tangan di atas peha dan lutut dibengkokkan.
  2. Angkat bahu seolah-olah hendak bangun atau pun seolah hendak mencecahkan jari anda ke lutut.
  3. Turun ke posisi asal.
  4. Ulang 10 kali untuk setiap set. Lakukan sekurang-kurangnya 3 set.
  5. Rehatkan diri antara set.
  6. Lakukan setiap hari.

Rujukan:

  1. Soalan lazim fisiotherapist, perkhidmatan Tanya Pakar, portal MyHEALTH, 19.4.2008, 6.3.2009, 3.5.2009, 24.3.2010, 13.7.2010.
  2. http://jknns.moh.gov.my/doc/PANDUAN%20MENURUNKAN%20BERAT%20BADAN%201.pdf
  3. http://www.mysihat.gov.my/V2/Promosi/images/stories/Modul_Program_Kesihatan_2011/Modul_Aktiviti_Fizikal_4.pdf

Baca juga

Berjalan Kaki

Pengenalan Berjalan kaki adalah satu aktiviti fizikal yang paling mudah dilakukan oleh seseorang individu.Ia bermula …