Rabu , September 20 2017
msen
Rumah > Senaman > Bagaimanakah Cara Untuk Memilih Senaman Yang Sesuai?

Bagaimanakah Cara Untuk Memilih Senaman Yang Sesuai?

Berikut adalah perkara yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan senaman:

  • Pilihlah aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan anda. Golongan dewasa disarankan melakukan senaman atau aktiviti fizikal yang berintensiti sederhana sekurang-kurangnya selama 30 minit, untuk tiga hari seminggu untuk mengekalkan tahap kecegasan dan kesihatan yang baik. Kategori aktiviti fizikal untuk dewasa yang dicadangkan seperti dalam jadual 1.

Jadual 1: Kategori Senaman/Aktiviti Fizikal Untuk Golongan Dewasa

Intensiti rendah (60 minit) Intensiti sederhana (30-60 minit) Intensiti tinggi (20-30 minit)
Berjalan santai Berjalan kaki cepat Senam robik
Bola tampar Berbasikal Jogging
Berkebun Berenang Hoki
Kemas rumah Menari / senamrobik Bola sepak
Tai chi Poco-poco Badminton
Yoga Sepak takraw Silat
Bowling Olahraga
Naik tangga Futsal
  • Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sesuatu senaman sekiranya anda:
  • Lelaki berusia 35 tahun dan ke atas atau wanita berusia 40 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai berlebihan berat badan sebanyak tujuh kilogram dan ke atas.
  • Tidak mengetahui tarafkesihatan anda
  • Mempunyai sejarah perubatan
  • Mempunyaimasalah kesihatan
  • Sedang dalam rawatan
  • Baru sembuh daripada sakit kuat
  • Tidak pernah bersenam atau tidak melakukannya secara kekal

Rujukan:

  1. Soalan lazim fisiotherapist, perkhidmatan Tanya Pakar, portal MyHEALTH, 17.4.2007.
  2. http://www.infosihat.gov.my/infosihat/kchs/KCHS_1998/index.php
  3. http://www.mysihat.gov.my/V2/Promosi/images/stories/Modul_Program_Kesihatan_2011/Modul_Aktiviti_Fizikal_4.pdf
  4. http://splkk.water.gov.my/kesso/attachments/article/31/Modul%20Senaman_web.pdf

 

Baca juga

Berjalan Kaki

Pengenalan Berjalan kaki adalah satu aktiviti fizikal yang paling mudah dilakukan oleh seseorang individu.Ia bermula …