Rabu , September 20 2017
msen
Rumah > Senaman > Adakah Terdapat Alat Untuk Melindungi Tulang Belakang Semasa Bersenam?

Adakah Terdapat Alat Untuk Melindungi Tulang Belakang Semasa Bersenam?

Alat yang membantu melindungi tulang belakang semasa bersenam dikenali sebagai korset atau alat penyokong tulang belakang. Alat ini boleh didapatkan di mana-mana farmasi.

Sekiranya anda melakukan program senaman biasa, otot badan adalah pelindung tulang belakang anda yang terbaik. Ini termasuklah sekiranya anda menjalani program latihan mengangkat berat kerana otot, terutamanya otot abdomen dan belakang, adalah pelindung tulang belakang badan yang terbaik.

Sakit belakangRajah 1: Sakit belakang

Sekiranya anda baru sembuh daripada kecederaan akut seperti terseliuhtetapi mahu meneruskan senaman, korset atau alat penyokong tulang belakang boleh digunakan untuk melindungi otot yang cedera. Walau bagaimanapun, ia hanya digunakan untuk sementara waktu sehingga kecederaan sembuh.

Seelok-elokknya lakukan senaman yang dapat menguatkan otot abdomen dan belakang kerana otot ini berfungsi sebagai pelindung dan penyokong semulajadi tulang belakang untuk mencegah kecederaan dalam semua aktiviti yang anda lakukan.

Rujukan:

  1. Soalan lazim fisiotherapist, perkhidmatan Tanya Pakar, portal MyHEALTH, 6.10.2008.
  2. http://moodpro.tripod.com/inyakit/bckpain.html
  3. http://www.texasspineandneurosurgerycenter.com/back-pain-treatment/

Baca juga

Berjalan Kaki

Pengenalan Berjalan kaki adalah satu aktiviti fizikal yang paling mudah dilakukan oleh seseorang individu.Ia bermula …