Selasa , November 21 2017
msen
Rumah > Alat Latihan Senaman

Alat Latihan Senaman

  1. Pengenalan

Alatan latihan senaman atau ‘Exercise Machine’ merujuk kepada peralatan yang diguna pakai dalam melakukan senaman atau latihan fizikal. Fungsi utama alatan ini adalah memberi tekanan  (resistance) kepada badan untuk menerima rintangan berdasarkan bebanan yang sesuai dalam menjalani latihan fizikal. Setiap peralatan adalah direka khas untuk kesesuaian sesuatu aktiviti latihan fizikal dan boleh dilaraskan bebanan mengikut kesesuaian pengguna. Beberapa alatan senaman yang sering kita lihat di televisyen atau pusat kecergasan (gimnasium) merupakan alatan latihan kecergasan dan alatan latihan bebanan. Alat-alat ini berbeza penggunaannya sama ada untuk di rumah atau di gimnasium.

  1. Alatan Latihan Kecergasan (Fitness Training Machine)

Alatan Latihan kecergasan atau lebih dikenali sebagai alatan kardio direka khas untuk memberi tekanan dalam bentuk pergerakan yang berulang-ulang dan menggunakan sistem jarak dan masa. Alatan Latihan Kecergasan lebih memberi impak kepada sistem kardiovaskular atau sistem pernafasan. Direka khas untuk berfungsi mengikut pergerakan asas manusia. Antara contoh alatan kardio yang sering kita lihat adalah seperti Treadmill, Basikal atau Bike (Recumbent, Upright, Spinning) dan Elliptical (cross trainer).

alat_senam Treadmill secara umumnya digunakan untuk berjalan atau berlari setempat seara statik.
Cadangan pengunaan :
o    Tempoh latihan 10 minit- 30 minit (bergantung tahap keupayaan individu)
o    Larian sederhana laju (6-7 km/h)
o    Tiga hingga empat kali seminggu
o    Pengguna yang mempunyai masalah lutut tidak digalakkan berlari mengunakan treadmill.
alat_senam1 Recumbent bike merupakan basikal statik dan disokong oleh pelapik belakang.
Cadangan pengunaan :
o    Tempoh latihan 25 minit- 40 minit
o    Kayuhan sederhana laju (10-12 km/h)
o    Tiga hingga empat kali seminggu
alat_senam2 Upright bike merupakan basikal statik.
Cadangan pengunaan :
o    Tempoh latihan 25 minit- 40 minit
o    Kayuhan sederhana laju (10-12 km/h)
o    Tiga hingga empat kali seminggu
alat_senam3 Spinning  bike merupakan basikal statik (manual)
Cadangan pengunaan :
o    Tempoh latihan 25 minit- 40 minit
o    Kayuhan sederhana laju, pemberat flywheel35%-45%
o    Dua hingga tiga kali seminggu
alat_senam4 Cross Trainer/Elliptical merupakan alatan kecergasan statik yang menggabungkan pergerakan menyerupai pengguna mendaki anak tangga, berjalan dan berlari tanpa memberi tekanan yang tinggi pada sendi.
Cadangan pengunaan :
o    Tempoh latihan 25 minit- 40 minit
o    Kayuhan sederhana laju (5 – 6 kmh)
o    Tiga hingga empat kali seminggu

3.    Alatan Latihan Bebanan (Strength Resistance Training Machine)
Alatan Bebanan atau Strength Machine lebih memberi tekanan bebanan kepada pengguna melalui ‘stack’ pemberat yang boleh dilaras mengikut kesesuaian pengguna. Menggunakan sistem ukuran berat (kg/lbs) sebagai indikasi latihan bebanan. Menggunakan konsep daya tarikan pengguna menarik pemberat stack melawan graviti. Kebanyakan alatan latihan bebanan menggunakan pin untuk mengunci pemberat ‘stack’ mengikut keperluan, namun terdapat alatan juga yang menggunakan plat pemberat (Weight Plate Loaded Machine). Secara umumnya, ia terbahagi kepada dua kategori iaitu Single Station dan Multi Station.

alat_senam5 Multi station adalah alatan latihan bebanan yang terdiri daripada gabungan beberapa alat single station dan memerlukan ruang latihan yang besar serta boleh menampung sehingga lima  hingga enam pengguna dalam satu masa. Menggunakan pemberat ’stack’ sebagai bahan bebanan.
Cadangan pengunaan :
o    Kekerapan latihan 15 – 20 ulangan x 3 atau 4 set
o    Fasa : sederhana berat
o    Tiga kali seminggu
alat_senam6 Single Station Strength Machine merupakan alatan latihan bebanan yang khusus direka berdasarkan pergerakan otot – otot besar yang khusus. Setiap satu alat ini hanya mensasarkan satu pergerakan otot besar tertentu sahaja.
Cadangan pengunaan :
o    Kekerapan latihan 15 – 20 ulangan x 3 atau 4 set
o    Fasa : sederhana berat
o    Tiga kali seminggu
alat_senam7 Weight Plate Loaded Machine menggunakan plat pemberat yang dimasukkan ke ruangan bar     pada setiap bahagian.
Cadangan pengunaan :
o    Kekerapan latihan 15 – 20 ulangan x 3 atau 4 set
o    Fasa : sederhana berat
o    Tiga kali seminggu

Baca juga

Memanaskan Badan

Pengenalan Sebelum menyertai aktiviti sukan atau sebarang aktiviti fizikal,kita perlu memanaskan badan. Warming Up atau …